ORIGAMI
Origami
Definisi
Berdasarkan bahasa Jepun, origami bermaksud lipatan kertas. ‘Ori’ bermaksud melipat dan ‘Kami’bermaksud kertas. Ianya telah menjadi seni rakyat tradisional Jepun dan mula dipopularkan pada pertengahan 1990an.
Objektif Origami
Objektif kesenian origami ini ialah bagi mengubah lembaran datar bahan seperti kertas menjadi patung melalui teknik ganda dan teknik mematung. Ianya tidak menggunakan bahan lain seperti gam. Jumlah lipatan dasar origami adalah kecil tetapi boleh digabungkan dengan kertas lain menggunakan teknik yang pelbagai. Secara umunnya origami adalah selembar kertas persegi yang sisinya mungkin berbeza warna dan dicetak. Bentuk haiwan ialah bentuk yang paling popular terutama haiwan seperti burung, ikan, rama-rama dan arnab. Manakala bentuk permainan seperti sampan, kereta, bangunan dan perabot kecil (miniature). Bentuk tumbuh-tumbuhan pula ialah terdiri dari bentuk bunga, daun dan pokok pain. Biasanya digunakan untuk kad ucapan. Contoh bunga yang paling digemari ialah bunga dahlia dan tulip. Bentuk perhiasaan pula ialah direka bentuk untuk difungsikan di atas meja, pelengkap meja dan untuk sesuatu perayaan.
Penghasilan kertas Washi
Untuk menghasilkan kertas washi ini ada beberapa kaedah antaranya ialah, ‘kozo’ digunakan. Dahan kozo akan dididihkan dan kulitnya akan tanggal seterusnya dijemur kering dalam cuaca sejuk. Semasa dididihkan ‘iye’ digunakan untuk menanggalkan lemak, kanji dan asid tannin. Kemudiannya air mengalir digunakan untuk menghilang Iye ini. Bahan ini seterusnya dicuci secara semulajadi. Kozo ini akan diambil menggunakan tangan dan dijemur di atas batu atau papan dan diketuk-ketuk.
Selain itu washi juga dibuat menggunakan pokok ‘gampi’, ‘mitsumata’ atau kertas dari mulberi. Adakalanya menggunakan buluh, beras atau gandum. Biasanya semua bahan menggunakan pokok asli. Washi ini juga digunakan untuk origami, Shodo dan Ukiyo-e. Selain itu kertas washi ini juga digunakan untuk kegunaan harian seperti pakaian, peralatan rumah dan alat mainan seperti patung Budha.
Sejarah Origami di Jepun
Origami Jepun dikatakan telah pun wujud sejak Zaman Heian (741-1191) terutama di kalangan kaum sami Shinto. Mereka telah menggunakan teknik lipatan sebagai penutup botol sake (arak beras) yang digunakan saat upacara penyembahan, wanita dan kanak-kanak. Masa itu pisau dibenarkan digunakan semasa membuat origami. Semasa itu juga origami dikenal dengan istilah orikata, orisui ataupun orimono.
Apabila di zaman Muromachi (1338-1573) penggunaan pisau telah dihentikan semasa membuat origami. Origami dikatakan cara yang digunakan oleh golongan atas atasan untuk berada lebih tinggi dari golongan bawah. Di mana Samurai mengikuti ajaran Ise dan masyarakat biasa mengikuti ajaran Ogasawara. Origami makin berkembang di Jepun dan diwarisi dari generasi ke generasi. Origami ini berkembang dengan sealiran dengan kertas washi dihasilkan.
Origami makin berkait rapat dengan budaya orang Jepun terutama dalam upacara adat keagamaan Shinto. Mengikut tradisi Shinto, kertas empat persegi di poton dan dilipat menjadi lambang simbolik Dewata serta digantung di Kota Jingu ( Kuil ( Kuil Agung Imperial) di Ise sebagai sembahan. Semasa upacara perkhawinan kaum Shinto, kertas membentuk rama-rama jantan ( o-cho) dan rama-rama betina ( Mec-ho). Ianya menggunakan asas bom air ‘water bom’ , membalut botol sake sebagai lambang pengantin lelaki dan perempuan. Banyak lagi acara menggunakan origami.
Pada permulaannya, origami diajar secara lisan dan kemudiannya dibukukan. Buku yang pertama ialah Buku Senbazuru Orikata bermaksud Bagaimana Melipat Seribu Burung Jenjang/Orizuru. Ianya berlaku pada tahu 1797. Semasa itu origami dikenali sebagai orikata. Buku itu adalah buku origami tertua di dunia dan mengandungi 49 Ren-Zuru ( Jenjang Berkait) dan Kyo-Ka (Puisi lucu Pendek). Pengarangnya adalah Akisato Rito. Beliau mengumpul model Gido bersama Kyo-Ka dan menerbitkannya. Pada tahun itu juga beliau telah mengeluarkan satu risalah berjudul ‘Chushingura Orikata’ telah menunjukkan rekaan origami manusia
Pada tahun 1850 satu naskah risalah berjudul ‘Kayaragusa’ diterbitkan
dikenali sebagai orikata. Buku ini dianggap buku Origami tertua di dunia dan mengandungi 49 REN-ZURU (Jenjang berkait) dan KYO-KA (puisi lucu pendek). Pengarangnya bernama AKISATO RITO yang mengumpulkan model-model GIDO bersama KYO-KA dan menerbitkannya sebagai Senbazuru Orikata. Pada tahun yang sama suatu risalah berjudul “Chushingura Orikata” yang memuat lipatan bentuk manusia turut dikeluarkan oleh pengarang yang sama.
Manakala pada tahun 1850 suatu naskah tulisan lain berjudul ‘Kayaragusa’ diterbitkan. Ada dua bahagian origami dalam naskah ini iaitu ‘Rehlah’ dan keagamaan. Kebanyakkan model yang dikeluarkan adalah terdapat dalam naskah terdahulu.
Seterusnya pada tahun 1919 pula buku ‘ Sekelip Mata Menghasilkan Burung Kertas’. Apabila pada tahun 1845 muncul pula buku ‘Kan No Mado’ yang terdapat kumpulan bentuk lipatan tradisional Jepun. Di dalam buku itu terdapat lebih kurang 150 contoh origami, termasuklah model katak. Seni melipat ini kian berkembang apabila pada tahun 1880 pula terhasilah perkataan baru iaitu origami. Origami bermaksud ‘Oru’melipat dan ‘kami’ pula ialah kertas . Tetapi pada tahun 1926 -1989 origami kurang diminati dan hanya noshi yang masih popular. Noshi adalah cara yang digunakan untuk pertukaran hadiah antara samurai. Noshi di mana kertas merah dan putih digunakan untuk membalut kepingan nipis daging, tiram serta ikan.
Pada zaman Edo dari tahun 1600 -1868 produksi kertas telah berkembang dan menjadikan kertas mudah didapati. Dengan ini origami mula berkembang dengan pesat sekali. Di zaman inilah hampir 70 bentuk origami dihasilkan termasuklah burung jenjang (orizuzu), Katak, kapal dan balon yang masih kekal sehingga sekarang. Pada era Genroku pada tahun 1688 -1704 pula corak kain origami burung jenjang dan corak pelbagai bot menjadi begitu tersohor kerana menggunakan corak kain Ukiyoe.
Seterusnya bila zaman Meiji dari tahun 1868 hinggga 1912 origami digunakan sebagai alat bahan mengajar di taman kanak-kanak dan sekolah dasar yang lain. Orang yang bertanggungjawab ialah Friedrich Wilhelm August Frobel (1782-1852) yang merupakan seorang guru dari Jerman. Konsep geometrik yang diperkenalkan oleh beliau digunapakai secara meluas di Jepun.
Comments
Post a Comment